Hendaklah
setiap dari kita hendaklah ada sikap muraqabah, di setiap detik waktu,
di setiap pandangan mata, dan di setiap keinginan yang wujud dalam batin
kita malah keseluruh nya.. Ketahuilah allah itu dekat dengan kita
setiap masa dan waktu... Tiada apa satu pun yang tersembunyi dalam apa
setiap perbuatan kita...
Allah
sentiasa bersama kita dimana saja kita berada... Tidak terlepas apa
satu sekalipun walaupun sebesar zarah.. Maka beringatla tiada apa yang
tersembunyi antara kita denga allah s.w.t. Hendaklah kita malu pada
allah dengan sebenr-benar malu..
Muraqabbah
adalah sikap merasakan diri sentiasa dilihat allah s.w.t. Sejauh mana
istiqamah kita dalam merasakan diri dipehatikan allah s.w.t? Ia boleh
melahirkan rasa perasaan takut kepada allah dan merasakan sangat perlu
mengikut perintah allah dan meninggalkan larangan nya..
Jika merasakan
diri lebih kearah dosa, ingatkanlah nafsu itu bahawa allah s.w.t
mengetahui setiap segala apa perbuatan yang dilakukan serta maksiat yang
bakal dilakukan.. Sentiasa mengingatkan diri kita bahawa terdapat dua
malaikat yang sentiasa berada di sisi kita ntuk mencatat setiap apa dari
perbuatan kita itu.. Masyaallah..
Setiap dari
setiap perbuatan kita pasti akan dibalas... Hendaklah kita sentiasa
mengingatkan diri bahawa maut itu dekat dengan kita, perkara yang pasti
akan hadir pada setiap manusia.. Dan apabila kematian itu tiba, kita
penuh dengan dosa, sedikit dalam berbuat amal, maka tergolong dalam
golongan yang rugi serugi nya.. Ingat lah mati sentiasa.. Anytime
anywhere..
hendaklah
sentiasa meningatkan diri kepada setiap janji2 allah.. Setiap amal baik,
pasti diberikan pahala.. Begitu juga dengan dosa, pasti diberikan
balasan yang buruk.. Hanya ada dua pilihan saja dalam kehidupan
manusia.. Ke syurga ataupun ke neraka..ingatlah janji allah bahawa jika
baik akhirnya kita, pasti dapat melihat wajah allah s.w.t.
Hendaklah
sentiasa mengingatkan nafsu dan ia juga merupakan ubat untuk penyakit2
hati.. Insyaallah.. Terutamanya ketika hati kita merasa malas dalam
beribadah kepada allah s.w.t. Dan apabila dalam hati kita tumbuh rasa
diperhatikan allah s.w.t. , dan perasaan malu itu muncul dalam hati, ia
pasti akan memberi semangat dalam beribadah kepada allah s.w.t dan
mencegah diri ketika ingin melakukan maksiat.. Timbul semangat untuk
sentiasa beribadah kepada allah s.w.t
Darjat
muraqabah ini adalah semulia dan setinggi tinggi darjat.. Yang sudah
diisyaratkan oleh rasullallah, dan hendaklah beribadah seolah olah allah
melihat kamu.. Perasaan muraqabbah yang minima adalah muncul dalam
peribadi seseorang adalah merasa malu ketika kita berbuat dosa. Hal
yang demikian ini pun merupakan sikap yang mulia..
Sifat
muraqabah yang tinggi pula ialah dimana ia tenggelam dengan keagungan
allah s.w.t sehingga ia melihat apa saja namun setiap apa yang dilihat
mengingatkan dirinya kepada keagungan allah s.w.t. Terlalu besar
nikmatnya apabila dapat merasakan hadirnya, dekatnya allah s.w.t dalam
diri kita..
Sepatutnya
mereka yang melihat kemaksiatan itu merasa jijik dan bukan nya merasa
teringin untuk melakukan maksiat itu.. Itu adalah ciri2 orang yang
waras.. Kenikmatan yang dirasai oleh para muraqabin terlalu amatlah
besarnya walau dibanding dengan setiap nikmat yang dinikmati sultan2
yang dimupulkan dari dulu hingga sekarang..
Masih jauh
lagi perjalanan untuk mendekatkan diri dengan allah s.w.t. Masih banyak
lagi yang boleh diperbaiki untuk merasakan nikmatnya dalam beribadah.
Nak2 macam diri ni, merasakan berat untuk beribadah kepada allah
s.w.t.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.